Contoh penulisan Bahagian C 

Contoh 1

 Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya memberi tumpuan ketika belajar. Jangan bermain atau bercakap-cakap ketika guru mengajar.Hormati guru kita dan ucapkan salam jika kita bertemu dengan mereka.Banyak perkara yang boleh kita lakukan sekiranya guru tiada di dalam kelas.

   Satu daripadanya ialah, kita boleh menyiapkan kerja-kerja sekolah yang ada. Kita juga boleh membuat aktiviti perbincangan bersama-sama rakan sekelas kita.

    Seandainya kita tidak memahami apa yang kita pelajari, jangan malu bertanya kepada guru. Jika guru menegur serta memberi nasihat kepada kita, kita haruslah menerima dengan perasaan terbuka.

   Hulurkan bantuan secara sukarela jika kita melihat guru kita membawa banyak barang seperti buku atau apa sahaja yang memerlukan bantuan kita.

   Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah mendidik dan membimbing kita, marilah kita tampilkan kejayaan kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Cadangan nilai murni.

1. mudah memahami apa yang dipejari

   -beri tumpuan ketika belajar

2.hormati guru

  -jangan bermain atau bercakap ketika guru mengajar

3.berbudi bahasa

  -ucapkan salam kepada guru

4. tanggungjawab

   -menyiapkan kerja sekolah

5.bekerjasama

   -membuat aktiviti perbincangan bersama-sama

6.menambah ilmu pengetahuan

   -jangan malu bertanya kepada guru

7. mendengar nasihat

   -guru menegur serta member nasihat

8.meringankan beban kerja guru

   -hulurkan bantuan secara sukarela

Cadangan pengajarannya.

   Sebagai pelajar, kita akan mudah memahami apa yang dipelajari sekiranya kita member tuampuan ketika belajar. Seterusnya kita haruslah menghormati guru dengan tidak bermain atau bercakap ketika guru mengajar. Selain itu, kita perlulah berbudi bahasa dengan mengucapkan salam jika kita bertemu dengan mereka. Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Akhir sekali,kita juga boleh bekerjasama dengan membuat aktiviti perbincangan bersama-sama.

 

 

Contoh  2

  Pada minggu yang lepas, saya dan rakan-rakan telah mengikuti rombongan sekolah ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

 

Sebelum bertolak pulang, kami telah membeli cenderamata untuk diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain. Walaupun penat menyertai rombongan kami berasa sungguh seronok dan gembira. Banyak maklumat yang kami peroleh sepanjang menyertai rombongan tersebut.

Pengajarannya.

Antara pengajaran yang diperoleh melalui petikan ialah, kita perlulah menjaga keselamatan diri dengan bergerak dalam kumpulan yang telah ditetapkan jika ingin ke mana-mana. Disamping itu, kita haruslah akur akan nasihat guru dengan mendapat keizinan guru bertugas jika kita hendak ke sesuatu tempat. Seterusnya, kita dapat mendisiplinkan diri dengan berbaris dan tidak berebut-rebut ketika menaiki bas. Kita juga mestilah bersyukur dengan keindahan alam yang ada di sekitar kita.Akhir sekali kita boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku sepanjang perjalanan ketika menaiki bas.

 

 

Contoh  3

Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya dia akan keluar bermain bersama-sama adik-beradiknya. Pada waktu malam selepas membantu ibunya mengemas di dapur, Alisya akan mengulang kaji pelajaran dan menunjuk ajar adik-adiknya pula.

  Sebelum tidur, Alisya dan adik-beradiknya akan bersalaman dengan kedua-dua ibu bapanya. Setiap hari alisya akan bangun awal pagi. Apabila bangun daripada tidur, Alisya akan mengemas bilik tidurnya. Kemudian dia akan menyiapkan dirinya untuk pergi ke sekolah dan bersarapan bersama-sama dengan ahli keluarganya.

Cadangan pengajaran.

1.bertanggungjawab

  – menyiapkan kerja sekolah

2. bekerjasama

  -belajar bersama-sama

3.berbudi bahasa

  – melayan rakan-rakan dengan ramah dan mesra

4. mengeratkan hubungan

  – bermain bersama-sama dengan adik-beradik

5. meringankan beban kerja ibu

    – membantu ibu mengemas di dapur

Jawapan pengajaran

  Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan, kita dapat menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab dengan menyiapkan kerja sekolah. Kita dapat membentuk sikap bekerjasama jika kita belajar bersama-sama. Kita haruslah berbudi bahasa dengan melayan rakan-rakan kita dengan ramah dan mesra. Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan dengan bermain bersama-sama adik-beradik. Akhir sekali, kita juga boleh meringankan beban kerja ibu seperti Alisya yang membantu ibunya di dapur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s