CAKAP  AJUK  DAN  CAKAP  PINDAH        

1. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula  dengan tidak mengubah   

    maksud asalnya.                                                                         

2. Dalam penulisan, tanda petik (“…….” ) digunakan untuk  cakap ajuk.

3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan   

    bahasa tanpa  mengubah maksudnya.

4. Tanda petik   ( “ …” ) tidak digunakan dalam cakap pindah.

Contoh ;

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

1. “Saya tidak tahu cikgu,” kata Lan kepada

      Cikgu Jania.

2. “Marilah bermain bersama kami,  Ramia,”

      Kata Ana dan Nani.

3. Ayah berkata kepada Raju, “Rajin-rajinlah

    belajar agar cerah masa depan kamu.”

1. Lan memberitahu Cikgu Jania bahawa dia

    tidak tahu.

2. Ana dan Nani mengajak Ramia bermain

    bersama dengan mereka.

3. Ayah menasihati Raju agar belajar rajin-

     rajin supaya masa depannya cerah.

 

5. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara yang

    berikut perlu diubah atau diberi perhatian.

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

saya, aku, hamba

beta

kami, kita

anda, awak, kamu, engkau

dia

beliau

mereka

ini

itu

sini

begini

demikian ini

sekarang

malam tadi

semalam

hari ini

esok

dia, ia, -nya, beliau

baginda

mereka

saya, dia, -nya

dia

beliau

mereka

itu

itu

situ, sana, tempat itu

begitu

demikian itu

masa itu, ketika itu

malam semalamnya

semalamnya

hari itu

esoknya, keesokan harinya, hari itu

 

Contoh latihan.

Tukarkan bentuk cakap ajuk berikut kepada cakap pindah.

1. “ Atan, tolong angkat  kotak ini,” kata ibu.

       ___________________________________________________________________

2. “Juan, bagaimanakah cara untuk menyelesaikan soalan matematik ini?” tanya Ander.

      ______________________________________________________________________

3. “Nenek akan datang ke rumah kita, mak,” beritahu kakak.

      ______________________________________________________________________

4. “Hai, lama kita tidak jumpa!” sapa Hairi kepada kawan lamanya.

      ______________________________________________________________________

5. “Ke mana kamu hendak pergi dengan beg besar ini?” tegur Zai.

      ______________________________________________________________________

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s