KATA  BILANGAN

1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda,

     misalnya satu, dua, dan  seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.

2. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata

    bilangan himpunan kedua-dua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenang-

    wenangnya.

3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi para-para.

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan.

 

Contoh kesalahan dari segi kata bilangan.

             Salah

                  Betul

1.Setengah orang tidak mahu mengakui

    kesilapan sendiri.

1. Setengah-setengah orang tidak mahu

    mengakui kesilapan sendiri.

2.Tiap hari dia ke tempat itu.

2.Tiap-tiap hari dia ke tempat itu.

3.Kedua anaknya bersekolah.

3. Kedua-dua anaknya bersekolah.

4. Berbagai ragam manusia dapat dilihat

    di situ.

4.Berbagai-bagai ragam manusia dapat

    dilihat di situ.

5. Para-para pegawai daerah sedang

    bermesyuarat.   

5. Para pegawai daerah sedang

     bermesyuarat.

6. Tambangnya lima setengah ringgit.

6. Tambangnya lima ringgit setengah.

 

Contoh latihan

Iskan tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai .

 sesetengah          bertahun-tahun           seluruh             setiap             ketiga

 

1. Rakyat   _______________  negara bersedih mendengar berita kemangkatan baginda.

2. Lala memenangi tempat  _______________ dalam pertandingan  melukis gambar  rumah.

3. ____________ pelajar suka membuang masa daripada melakukan kerja yang berfaedah.

4. Kertas soalan akan diedarkan kepada ______________  pelajar.

5. Sudah _____________  lamanya dia menunggu kepulangan anaknya.

One thought on “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s