Latihan Tambahan

Bahagian B

(30 markah)

(Masa dicadangkan : 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

 

1   Lengkapkan karangan yang bermula dengan perenggan di bawah.

 

     Aku melihat keadaan sekeliling, tiada sesiapa pun, hanya aku seorang diri. Tidak

      seperti taman bunga yang selalu aku lihat ………….

 

 

ATAU

 

 

2    Kamu bersekolah dan tinggal di asrama penuh. Tulis sepucuk surat kepada rakan

       kamu di kampung. Ceritakan keadaan kamu di asrama dan beritahunya bahawa

       kamu akan pulang pada cuti penggal akan datang.

 

ATAU

 

3   Tulis sebuah karangan tentang Hari Kemerdekaan di Negara kamu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahagian C

(20 markah)

(Masa dicadangkan:20 minit)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 

 

Amalia   :Tahniah atas kejayaan saudara. Bagaimanakah perasaan saudara ketika

                 diumumkan sebagai penerima Anugerah Murid Cenerlang tahun ini?

 

Ramaly   :Terima kasih. Saya sememangnya tidak menyangka akan menerima anugerah

                  ini memandangkan banyak murid lain yang dicalonkan. Saya ingin

                  mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa, dan rakan-rakan

                  kerana merekalah pendorong kepada kejayaan saya.

 

 

Amalia   :Bolehkah saudara jelaskan rahsia kejayaan saudara ini?

 

Ramaly   :Ya. Sebenarnya saya belajar mengikut jadual belajar yang ditetapkan.

                  Saya juga sering mengunjungi perpustakaan awam untuk mencari bahan-bahan

                  rujukan di samping selalu berjumpa dengan guru-guru jika ada kemusykilan

                  dalam pelajaran.

 

Amalia    :Apakah perancangan saudara selepas ini?

 

Ramaly   :Saya ingin memasuki sekolah berasrama penuh aliran sains.

                 Walau bagaimanapun, saya akan berbincang dengan guru-guru dan ibu

                 bapa saya terlebih dahulu.

 

Amalia   :Saya doakan semoga saudara akan berjaya dan cita-cita saudara tercapai.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s