UJIAN SARINGAN

BAHASA MALAYSIA   TAHUN 6  2012

Kertas 1

Masa: Lima puluh minit

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu  A, B, C  dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

 

Soalan 1  – 21

 

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 

  1.    Sazala dan rakan baiknya kerap ke perpustakaan. ___________  belajar secara

           berkumpulan.

        A.Kalian                                                    C. Kita

        B.Kami                                                      D. Mereka

 

           

  2.  Di  ___________   rumah datuk terdapat dua   batang pokok kelapa.

      A. tepi                                                       C.  atas

      B. dalam                                                    D. bawah

 

   3.   Ayah memberikan  __________  kepada saya supaya menyertai pertandingan

mencipta  logo Hari Kebangsaan

     .A. dorongan                                                 C. sumbangan

      B. amaran                                                    D. desakan

 

(1)

 

 

4. Setiap tiga bulan sekali,ayah memasukkan ubat pembunuh ________ ke dalam

     kolam mandi.

       A. jejentik                                                  C.  lelabi

       B. rerama                                                   D. pepatung

 

5. Sejak ayah ditimpa kemalangan, ibulah yang menjadi _______ keluarga kami.

 

     A. anak emas                                                    C. bekas tangan

     B. tulang belakang                                              D. orang rumah

 

6.Amalan makan _________ tradisional diamalkan oleh masyarakat di pendalaman

     sejak turun-temurun.

     A. ubat-ubatan                                               C. tumbuh-tumbuhan

     B. kayu-kayuan                                              D. ulam-ulaman

 

7.Penunggang motosikal itu bercakap __________ apabila disoal oleh pihak

    polis.

     A. terkulat-kulat                                           C. terkial-kial

     B. terlonjak-lonjak                                         D.tergagap-gagap

 

8. Sesi __________ antara ahli Yayasan Anak Warisan Alam itu berlangsung dengan

     meriah.

      A. soal jawab                                             C. ramah mesra

      B. temu duga                                              D. temu bual

 

9. Para penonton berasa _______ akan kemahiran yang ditunjukkan oleh para

     penari tarian klasik Cina itu.

      A.  kaget                                                    C. kagum

      B. sedih                                                      D. lucu

 

10. “Kamu ________ belajar dengan bersungguh-sungguh jika kamu _________

       menjadi ahli sains,” kata Cikgu Lim kepada Vivian.  

       A. sudah …….. mahu                                   C. mesti ……  boleh

       B. perlu ……..  hendak                                  D. harus ……  dapat

 

11. ________  baru saya teringat akan peristiwa setahun yang lepas!

       A. Oh                                                       C. Nah

       B.  Eh                                                       D. Aduh

 

 

(2)

 

 

 

 

12.Perbuatan menjual tinggalan sejarah amat merugikan negara. ____________,

Pihak polis berikrar  untuk menangi masalah ini.

      A.Namun                                                  C.Oleh sebab itu

      B. Selain itu                                              D. Justeru

  13. Wanita ___________ yang sedang menemu ramah tokoh perniagaan itu

             merupakan ________  terkenal.

         

      A.budiman ……. pramugari                           C.ilmuan ….. sukarelawan

      B.rupawan ……wartawan                              D. jelitawan ….peragawati

 

14. Persatuan Pengguna menggesa kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap

peniaga yang enggan meletakkan _____________ pada barangan jualan mereka.

      A.harga mati                                             C. harga belian

      B.tanda niaga                                            D. tanda harga

 

15.Helikopter yang dinaiki oleh wartawan itu _________ di kawasan yang mengalami  

     tanah runtuh.                     

       A.berpusing-pusing                                   C. berlegar-legar

       B.Bbergerak-gerak                                    D. berduyun-duyun

 

16.Cikgu Hamidah menjelaskan bahawa rasa  mangga  itu _________ kerana belum

     cukup masak.

      A.masam                                                    C. tawar

      B.manis                                                       D. kelat

 

 

17.Projek yang telah dirancang itu akan   ________ beberapa orang ibu bapa murid.

      A.dilibatkan                                                 C. melibatkan

      B.terlibat                                                      D.melibat

 

18.Laili  telah menjamu kawan-kawannya dengan dua ________  langsat dan beberapa   

       ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­______________ cempedak goreng.

      A.longgok ….. buah                                       C.  tangkai  ……. ketul

      B.gugus …. ulas                                            D. ikat……. butir

 

19.Hubungan kedua-dua orang saudara kembar itu sangat erat dan sukar dipisahkan   

          ___________________`

       A.seperti cincin dengan permata                 C. bagai kunyit dengan kapu

      rB.bagai hempedu lekat di hati                     D. seperti bulan dipagari bintang

 

(3)

 

 

20 .Wakil rakyat selalu mengingatkan masyarakat di kawasannya supaya menjauhi

       persengketaan.

Perkataan seerti bagi persengketaan ialah

        A.pertarungan                                             C. perbalahan

        B.perdebatan                                               D. persaingan

 

  21. Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok  

          Itu. Perkataan berlawan bagi menyokong ialah_____

         Perkataan berlawan bagi menyokong ialah

          A. membina                                                C. merobohkan

          B. memasang                                              D. merobekkan

 

  Soalan 22 – 23

  Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

     

22     1     Beras yang hancur itu sesuai untuk dimasak bubur.

11     Tapak kakinya hancur apabila terpijak serpihan kaca.

111   Cermin di dalam bilik  Amila hancur apabila terhimpas ke lantai.

1V     Hancur tayar kereta itu apabila terlanggar lubang di jalan raya itu.

      A. 1  dan 11                                             C. 11  dan 1V

      B. 1   dan 111                                           D. 111  dan 1v 

 

  23.     1      Ibu beli telur asing di kedai runcit itu.

[i]          11   Azman asing semasa berada di Bosnia.

            111  Pelawat asing tertarik akan keindahan Negara kita.

            1V   Adakah kamu mempercayai kewujudan makhluk  asing?

       A.    1  dan 11                                           C. 1  dan  111

       B.    11  dan  1V                                        D. 111  dan  1V

 

Soalan 24

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan

 

 24.   Bagaimanakah perasaan Haida apabila mendapat tahu berita kematian rakannya?

        A. Air matanya bercucuran

        B. Dia terus pergi ke hospital

        C. Dia amat sedih apabila mendengar berita itu

        D. Dia mendoakan kesejahteraan kepada sahabatnya itu.

 

 

 

(4)

 

 

Soalan 25-26

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

 

25. Waktu yang paling sesuai untuk memancing ikan baung ialah pada waktu senja.

       A. Mengapakah memancing  ikan baung sesuai dilakukan di tempat berteluk?

       B. Mengapakah dia tergopoh-gapah pergi ke sungai?

       C.Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memancing ikan baung?

       D. Di manakah biasanya orang memancing ikan baung?

 

26.   Pengawal keselamatan meminta orang ramai berdiri di belakang barisan kuning.

       A. Siapakah yang meminta orang ramai berdiri di belakang barisan kuning?

       B. Berapa orangkah yang diminta berdiri di belakang garisan kuning?

       C. mengapakah orang ramai diminta berdiri di belakang garisan kuning?

       D. Apakah yang diminta oleh pengawal keselamatan?

 

Soalan 27-28

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

 

27. Ayah menghantar aku ke kelas tuisyen di Pusat Tuisyen Akademik.

      A. Aku akan menghantar ayah ke kelas tuisyen di Pusat Tuisyen Akademik.

      B. Aku dan ayah dihantar olehnya ke kelas tuisyen di Pusat Tuisyen Akademik.

      C. Aku dihantar oleh ayah ke kelas tuisyen di Pusat Tuisyen Akademik.

      D. Aku menghantar Pusat Tuisyen Akademik.

 

28.”Rasti, jangan bermain di padang yang becak itu,” kata ayah.

       A. Ayah melarang Rasti bermain di padang yang becak itu.

       B. Rasti melarang ayah bermain di padang yang becak itu.

       C. Ayah meminta Rasti bermain di padang yang becak itu

       D. Rasti dilarang bermain di padang itu oleh ayat.

 

Soalan 29-30

Pilih ayat yang betul

29.    1    Tolong belikan saya kertas pembalut hadiah di kedai buku.

        11   Raza akan menunggu kita di bas stesen pada petang ini.

        111  Mak Lijah mempelawa kami supaya makan goreng ayam itu.

       1V    Kerja sekolah abang saya tidak dapat disiapkan kerana komputernya rosak.

 

         A. 1   dan   11                                         C.  111    dan   1V

         B. 11  dan  111                                         D.   1  dan 1V

 

(5)

 

30.      1     Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera.

         11     Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang.

         111   Pelumba-pelumba  basikal itu saling potong-memotong.

         1V     Dua naskhah surat khabar dibeli oleh ayah setiap hari.

             A.  1  dan  1V                                       C.  1, 11   dan 111

             B.  11  dan  111                                      D. 11, 111  dan  1V

 

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 

Andy      :  Dampa, awak dah buat kerja mata pelajaran  Sains yang diberi oleh Cikgu

                 Robin?

Dampa :  Sudah, Andy! Marilah masuk dulu.

 Andy     :  Tak apalah Dampa. Boleh saya pinjam buku awak, Dampa.Saya malas hendak

                  membuatnya.Mata pelajaran itu susahlah. Saya tak faham apa-apa yang  

                  diajarkan oleh cikgu.

Dampa :  Semua benda akan menjadi susah jika kita enggan membuatnya dengan

                  bersungguh-sungguh Andy. Awak pula semasa guru mengajar tidak pasang

                  telinga.

 Andy     : Ke lain pula awak ni, Dampa! Saya nak pinjam buku latihan awak, bukannya

                 hendak mendengar leteran.

Dampa : Jangan marah, Andy! Sebenarnya mata pelajaran Sains itu mudah sahaja. Awak

                cuma perlu membaca , pasang telinga dan membuat uji kaji yang diarahkan.

 Andy     : Sebenarnya saya malaslah, Dampa. Ujian yang lepas tidak lulus.

Dampa : Andy, gagal sekali bukannya bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Kalau

                 awak hendak  berbincang tentang mata pelajaran Sains, datanglah ke  

                rumah saya pada petang Khamis dan Jumaat. Pada masa itu, saya, Adam  dan   

                Janti mengulang kaji pelajaran Sains.

 Andy     : Pukul berapa tu  …….. ?

Dampa : Pukul 4:00 hingga 5:00 petang, Andy. Selepas itu bolehlah kita bermain bola

                sepak  bersama-sama di padang sekolah seperti biasa.

 

31. Pada pendapat kamu, di manakah perbualan di atas berlaku?

      A. di padang                                             C. di rumah Andy

      B. di sekolah                                             D. di rumah Dampa

 

 

(6)

 

 

32.Semua penyataan di bawah adalah benar tentang dialog di atas kecuali

      A. Dampa mengajak Andy mengulang kaji pelajaran Sains di rumahnya.

      B. Dampa menasihati Andy supaya tidak menganggap sains sebagai pelajaran yang

           susah.

      C. Andy tidak berminat untuk belajar bersama-sama dengan Dampa di rumahnya.

      D. Dampa mengajak Andy bermain bola sepak bersama-sama selepas mengulang kaji

          pelajaran Sains.

 

33. Apakah tujuan Andy bertanya tentang kerja rumah Dampa?

       A. untuk meniru jika Dampa telah menyiapkannya.

       B. untuk menolongnya menyiapkan kerja-kerja rumah tersebut.

       C. untuk mengetahui sama ada Dampa menyiapkan kerja rumah atau tidak.

       D. untuk menghantarkannya jika Dampa telah menyiapkannya.

 

34. Mengapakah Andy menganggap mata pelajaran Sains sebagai satu mata pelajaran

       yang susah?

       A. kerana dia malas pergi ke sekolah.

       B. kerana dia tidak berminat untuk mempelajarinya.

       C. kerana dia seorang murid yang lemah kecerdasannya.

       D. kerana dia tidak mengetahui kepentingan mata pelajaran itu.

 

35. Pasang telinga dalam petikan bermaksud ..

      A. melihat apa-apa yang ditunjukkan oleh guru.

      B. meletakkan telinga di tempat yang sepatutnya.

      C. menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

      D. bermain dengan telinga.

 

 

Soalan 36 – 40

Baca petikan surat di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

 

                                                                                    No 20,

                                                                                                Jalan Tung Yee,

                                                                                                96100 Sarikei,

                                                                                               16 Ogos   2012

 

            Menemui nenda yang dikasihi dan diingati selalu dengan harapan semoga nenda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

 

 

(7)

 

 

Nenda,

            Apa khabar nenda? Cucunda sekeluarga di sini berada dalam keadaan sihat. Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu nenda bahawa cuti sekolah penggal pertama akan menjelang tiba tidak lama lagi.Oleh itu cucunda seisi sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menemui nenda yang amat dikasihi.

 

            Cucunda tidak sabar untuk menanti kedatangan cuti sekolah. Cucunda berasa

sungguh gembira hendak berjumpa dengan nenda berdua. Cucunda juga bergitu rindu akan nenda berdua kerana telah lama kita tidak bersua muka.

 

            Cucunda juga rindu kepada Lamin, anak pak ngah. Apabila cucunda pulang ke kampung nanti, dapatlah cucunda berjumpa dengannya. Nanti, bolehlah kami bersama-sama menangkap ikan sepat di sawah. Cucunda juga dapat bermain laying-layang bersama-sama Lamin dan kawan-kawan yang lain.

 

            Bagaimana dengan keadaan dusun nenda sekarang? Cucunda berharap agar pada masa cuti nanti buah-buahan di dusun nenda telah masak dan boleh dipetik. Bolehlah cucunda menikmati buah-buahan segar yang sungguh lazat.

 

            Baiklah nenda. Cucunda fikir eloklah cucunda mengundur diri. Semoga kita akan bertemu nanti, Akhir kata, sambutlah salam rindu cucunda sekeluarga untk nenda berdua.

 Sekian,terima kasih.

Yang benar,

  Idham

 

 

 

36. Apakah harapan Idham terhadap nendanya?

     A. supaya dapat makan buah-buahan segar.

     B.semoga nendanya sentiasa sihat.

     C. semoga nendanya menunggu kedatangan mereka

     D. semoga dapat bermain bersama nendanya.

 

 

 

 

 

(8)

 

 

37. Apakah tujuan utama Idham menulis surat itu?

      A. untuk memberitahu neneknya bahawa dia rindu pada neneknya.

      B. untuk memberitahu neneknya dia mahu bermain bersama Liman.

      C. untuk memberitahu nenek bahawa dia sekeluarga akan pulang ke kampong.

      D. untuk memberitahu neneknya dia mahu makan buah-buahan di dusun   

           neneknya.

 

38.  Siapakah Lamin?

      A. Kawan sekolah Idham                            C.Adik kepada emaknya

      B. Anak neneknya.                                     D. sepupu Idham

 

39.Apakah rancangan Idham apabila bertemu dengan Lamin nanti?

      A. ingin pergi menangkap ikan dan bermain laying-layang bersama Lamin.

      B. ingin pergi ke dusun bersama Lamin.

      C. ingin pergi mengaji bersama Lamin.

      D. ingin pergi memancing bersama Lamin.

 

40. Maksud rangkai kata bersua muka dalam petikan ialah

      A.  pulang                                                     C. datang

      B.  rindu                                                        D. berjumpa

 

 

 KERTAS SOALAN TAMAT


[i]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s