KATA KERJA TAK TRANSITIF

1.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang

    penuh.

2. Kata kerja tak transitif  yang berawalan ber-, atau men-, atau ter-, tidak boleh ditiadakan

    awalannya.

Contoh Kesalahan dari Segi Kata Kerja Tak Transitif.

Salah

Betul

1.Emak pesan kepada saya.

1.Emak berpesan kepada saya.

2.Khusairi jalan kaki ke sekolah.

2.Khusairi berjalan kaki ke sekolah.

3.Mereka tidak dapat elak.

3.Mereka tidak dapat mengelak.

4.Lilian jerit kuat-kuat.

4.Lilian menjerit kuat-kuat.

5.Lamin hanya sengih saja.

5.Lamin hanya tersengih saja.

 

KATA KERJA TRANSITIF

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja

    yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Objeknya mestilah frasa nama.

3. Kecuali kata makan dan minum serta kata-kata yang berapitan ber…kan, semua kata kerja

    transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men-.

4. Kata kerja transitif  yang berapitan men…kan dan men…i  pelbagai maknanya dan mesti

     digunakan dengan berhati-hati.

Contoh  kesalahan dari segi kata kerja transitif.

Salah

Betul

1. Ana sedang jemur ikan masin.

1. Ana sedang menjemur ikan masin.

2. Abang jemput kami di stesen bas.

2. Abang menjemput kami di stesen bas.

3. Adik mengisi wang ke dalam tabung.

3. Adik mengisikan wang ke dalam tabung.

4. Rama menasihatkan adik-adiknya supaya

     rajin belajar.

4.Rama menasihati adik-adiknya supaya

    rajin belajar.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s