KATA BANYAK MAKNA DAN KATA HAMPIR SAMA MAKNA

KATA BANYAK MAKNA

Kata

Maknanya

Ayat Contoh

alamat

1.tanda

 

2. butir-butir keterangan

     nama tempat, nama jalan,

    nombor rumah, dan lain

    lain untuk menunjukkan

    tempat tinggal seseorang.

1. Ayam berkokok alamat hari akan hujan.

2.Dia menulis alamat rumahnya pada secebis kertas.

   

Baik

1. tidak jahat (kelakuan)

2.sembuh; pulih

3.bagus; elok

 

 

4.sihat

5.sesuai dan rapat

    (persahabatan)

1. Ramli anak yang baik.

2. Jahitan pada dahinya sudah baik.

3. Walaupun telah lama, jam tangan ini

     masih baik.

    

4.Kedua-dua ibu bapa saya baik belaka.

5.Hubungan mereka sangat baik.

Barang

1.benda

 

2. lebih kurang; kira-kira

 

3.apa-apasaja

1.Pelbagai jenis barang  keperluan

     harian dijual di sini.

2.Tolong belikan saya buah langsat barang     

    sekilogram.

3.Barang kata anaknya terpaksa diturut saja.

Berkira-kira

1.bercadang;berniat;bertujuan

 

2.berfikir-fikir;menimbang

1.Saya berkira-kira untuk bercuti di Pulau

    Langkawi.

2.Tuk penghulu berkira-kira terlebih dahulu

    sebelum mengambil tindakan.

 

 

Bersimpang-siur

1.bergerak ke sana ke mari

    dengan sibuknya.

2.silang-menyilang kerana

    terlalu banyak

3.terlalu banyak likunya;

    berliku-liku

1.Kenderaan-kenderaan di jalan-jalan

    utama bersimpang-siur.

2.Bersimpang-siur kawat  telefon yang

    dipasang di kawasan itu.

3.Jalan menuju ke bandar itu bersimpang-siur.

    

Berkas

1.kesan;tanda

 

2.pernah terjadi

 

3.tempat mengisi sesuatu

1.Bekas jari-jarinya yang kotor terdapat

    pada dinding putih itu.

2.Encik Ismail ialah berkas guru besar di sekolah ini.

   

3.Berkas plastik itu berminyak.

 

Cerah

1.terang

2.jernih

 

3.agak putih

4.berseri;tidak muram

    (rupa muka)

5.baik;bahagia

1.Cuaca diramalkan cerah pada pagi ini.

2.Barang-barang itu dipamerkan di dalam

    peti kaca yang cerah.

3.Anak perempuannya berkulit cerah.

4.Wajahnya cerah setelah pulih daripada

     penyakit.

5.Kehidupannya semakin cerah setelah

    anak-anaknya bekerja.

Cetek

1.tidak dalam

2.tidak dalam (ilmu pengetahuan)

1.Binatang ini hidup di kawasan air yang cetek.

2.Bagaimanakah dia dapat menerangkan

   perkara itu sekiranya pengetahuannya

   tentang bidang itu amat cetek?

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s