AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

    1.Ayat aktif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan men-.

    2.Contohnya:

        (a)Kakak menanam pokok bunga .

        (b)Puan Tan melukis gambar kucing.

   3.Ayat pasif ialah ayat yang kata kerjanya;

            (a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri    

                 kedua;

           (b)berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.

 4. Ayat pasif terdiri daripada:

            (a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-

                dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita saya, dan sebagainya.

            (b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-dan

                 didahului kata ganti diri kedua seperti  awak, anda, kamu , engkau dan    

                  sebagainya.  

   (c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-,

                  diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda

                   dan sebagainya.

5. Kedua-dua ayat aktif dan ayat pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya

    yang berbeza.

1.Contoh ayat aktif dan ayat pasif diri pertama:

Ayat Aktif

Ayat Pasif  Diri Pertama

1. Aku akan menutup almari itu.

2.Kita harus menyiapkan kerja ini.                  

3. Kami telah memulangkan wang itu.

4. Saya memandu kereta ayah.

1. Almari itu akan kututup.

2. Kerja ini harus kita siapkan.

3. Wang itu telah kami pulangkan.

4. Kereta ayah saya pandu.

 

 

Contoh Ayat Aktif  dan Ayat Pasif Diri Kedua:

Ayat Aktif

Ayat Pasif  Diri Kedua

1. Awak mesti mengulang kaji pelajaran.

2. Anda memetik bunga itu.

3. Awak sudah menyusun semua kerusi.

4. Kamu belum menjelaskan yuran.

1. Pelajaran mesti kauulang kaji.

2. Bunga itu anda petik.

3.Semua kerusi sudah awak susun.

4. Yuran belum kamu jelaskan

 

Contoh Ayat Aktif dan Ayat Pasif Diri Ketiga:

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Ketiga

1. Dia mengejar pencuri itu.

2. Baginda merasmikan majlis itu.

3. Mereka telah menolak permohonannya.

4. Beliau akan melawat kawasan pendalaman.

1. Pencuri itu dikejar olehnya.

2. Majlis itu dirasmikan oleh baginda.

3. Permohonannya telah ditolak oleh mereka.

4.Kawasan pendalaman akan dilawat oleh

    beliau.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s