Tertib Mengarang Karangan Laporan

1.         Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.

2.         Dalam peperiksaan, soalan biasanya meminta membuat laporan tentang kegiatan

           persatuan, lawatan, pameran, hari penyampaian hadiah, dan sebagainya.

3.         Soalan biasanya meminta mengandaikan diri sebagai pengerusi, setiausaha, atau

            ahli jawatankuasa.

4.         Untuk menulis laporan, mestilah benar-benar mengetahui format khususnya dan

            segala butir tentang hal atau peristiwa yang hendak dilaporkan.

5.         Butir-butir untuk laporan dapat diketahui dengan memikirkan persoalan-persoalan   

             seperti apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.               

 

 Contoh soalan dan karangan bentuk laporan.

Contoh soalan.

Persatuan  Kemahiran  Hidup sekolah anda telah mengadakan lawatan ke kilang membuat kereta nasional. Selaku setiausaha persatuan, anda diminta menyediakan laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

 

Contoh karangan

Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Proton

            Pada   30 Oktober 2012, Persatuan Kemahiran Hidup sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Kilang Proton di Selangor . Lawatan itu disertai oleh 20 orang ahli dan tiga orang guru pengiring, iaitu Cikgu Amalia anak Law,  Cikgu Justine anak Edward dan Cikgu Jamalid bin Abdullah. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM15 iaitu sebagai bayaran bas sekolah yang disewa khas sepanjang lawatan tersebut.

            Para peserta lawatan berkumpul di gelanggang sekolah pada pukul 7:00 pagi sebelum bertolak.  Pada pukul 10:00 pagi rombongan kami tiba di kilang Proton.Kami disambut oleh pegawai yang bertugas sebagai penyelia kilang tersebut, iaitu Encik Nik Mohd. Faizal. Kami dibawa oleh beliau ke sebuah dewan. Kami diberi taklimat secara ringkas tentang sejarah penubuhan kilang Proton, objektif penubuhannya, dan model kereta yang telah dikeluarkan oleh kilang tersebut.

            Kami dibawa melawat ke bahagian pembinaan kereta selepas mendengar taklimat. Kami juga melawat ke tempat pemasangan kereta. Sebelum masuk ke tempat tersebut, kami dikehendaki memakai topi keledar dan sarung tangan sebagai langkah menjaga keselamatan. Selain itu, kami dinasihatkan supaya tidak menyentuh alat-alat yang ada di kilang tersebut. Sepanjang lawatan itu, Encik Nik Mohd. Faizal menerangkan proses-proses pembuatan kereta buatan Malaysia.

            Lawatan kami berakhir pada pukul 4:00 petang, itu amat bermakna bagi kami. Lawatan itu, berjaya menambah dan meluaskan pengetahuan kami tentang proses pembuatan kereta tempatan yang dihasilkan oleh anak jati Malaysia sendiri.

 

Yang menjalankan tugas,                                                                     3 NOVEMBER 2012

       alvinaanias

(ALVINA ANAK ANIAS)

Setiausaha,

Persatuan Kemahiran Hidup,

Sekolah Kebangsaan  Sri  Wawasan.

   

 

One thought on “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s