Latihan Pemahaman 1

Arahan : Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

Tasik Putrajaya

 

Putrajaya merupakan sebuah bandar seluas 4500 hektar dan mempunyai sebanyak 13 buah taman. Kawasan yang dahulunya merupakan kawasan kebun kelapa sawit, kini menjadi sebuah bandar yang tersergam indah dan mula terkenal di serata dunia.

Antara tarikan utama di Putrajaya ialah Tasik Putrajaya yang mengelilingi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan. Tasik seluaskira-kira 600 hektar ini bermula dengan Taman Wetland Putrajaya hingga ke sempadan Cyberjaya. Pinggir tasik buatan manusia ini juga turut menempatkan kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri  .

Sebuah unit polis marin ditubuhkan untuk memastikan keselamatan di tasik yang bakal menjadi pusat sukan air tempatan termasuklah peringkat antarabangsa.

Unit Marin Polis Putrajaya diwujudkan pada 1 Julai 1999 dan ditadbir oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di atas kawasan seluas 2.5 hektar di tepi Tasik Putrajaya.

Unit ini mempunyai 15 anggota dan pegawai termasuk pakar pelayaran. Ia mempunyai lapan buah bot, empat daripadanya berkuasa elektrik manakala selebihnya berkuasa enjin.

Unit marin ini perlu menjalankan rondaan selama 24 jam untuk memastikan tahap keselamatan dan keindahan sekitar kawasan ini terjamin. Sekirannya anda berkunjung ke Putrajaya, pastinya anda terpesona kerana Tasik Putrajaya seakan-akan menjadi penyeri wajah Putrajaya.

 

1. Berapakan keluasan Putrajaya?

2. Apakah tarikan utama di Putrajaya?

3. Apakah yang terdapat di pinggir tasik Putrajaya?

4. Siapakah yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan tasik buatan manusia ini?

5. Mengapakan pengunjung terpesona apabila melawat Tasik Putrajaya?

4 thoughts on “Latihan Pemahaman 1

  1. Murid-murid perlu rajin membaca supaya cepat memahami maklumat penting yang terdapat dalam teks pemahaman. Sikap rajin membaca adalah satu amalan yang sangat baik. Jadikanlah diri sebagai ‘ULAT BUKU’. Kalau rajin membaca, sudah tentu masa lapang tidak terbuang begitu sahaja. Orang yang berjaya dalam pelajaran adalah orang yang rajin membaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s